DEFINISI UJIAN
Ujian adalah bahan yang bertulis, bercetak, terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji kemahiran bahasa. Contohnya, guru membina ujian kloz untuk menguji kefahaman membaca murid. Selain itu, ujian imlak atau ujian kemahiran mendengar turut dibina seperti murid mencatat isi daripada rakaman petikan.
Menurut Milagros Ibe (1981),yang menegaskan bahawa:
“ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau yang ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.
Bagi Read (1983) pula ujian bahasa adalah suatu contoh prestasi bahasa ataupun suatu contoh kefasihan berbahasa. Beliau menambah bahawa ujian tersebut melibatkan pelbagai bentuk, daripada yang berbentuk objektif hinggalah kepada pertuturan bebas yang diperhatikan oleh guru secara sistematik. (Raminah Haji Sabran.
Kesimpulannya, ujian bermaksud alat yang digunakan untuk mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu perkara atau sesuatu kemahiran.
No comments:
Post a Comment